Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kek Lapis Asam Manis Comel

Resepi kek lapis asam manis yang comel. Nak makan pun sayang sebab comell sangat. Tapi anak-anak mesti suka, ambik satu terus ngap ke mulut. Tapi biasanya asam manis keping tu yang habis dulu kena curik dengan bebudak ni. Bila nak buat dah tak ada. Itu lah cabarannya.. sebab tu kami akan beli lebih hawk flakes (asam keping masam manis) bila nak buat kek lapis asam manis. 

Kek Lapis Asam Manis Comel

Resepi dari FB owner yang bernama Kak Za, resepi kek lapis asam manis yang comel-comel. Mohon kepada pembaca blog ini mendoakan agar bisnes Kak Za semakin maju, berkat hingga kaya berjaya dunia akhirat. Insya Allah..


Kek Lapis Asam Manis Comel

=========================
Majerin 250 gram
Telur gred A 5 biji
Biskut marie 200 gram (diblender)
Susu pekat 3 sudu
Baking powder 1 sudu
Esen vanila 2 sudu
Gula 80 gram
Hawk flake secukupnya
Pewarna ikut suka


Cara-cara:


1. Pukul Majerin, susu dan gula sampai kembang.

2. Masukkan telur sedikit² dalam adunan majerin yang dah kembang. Gaul sebati.

3. Masukkan esen vanila dan baking powder, gaul sebati.

4.Masukkan biskut, gaul sebati.

5. Bahagikan 2 bahagian, masukkan pewarna setiap 1 bahagian.

6. Kukus selapis². Masukkan adunan pertama, susun hawkflake, kukus selama 5 minit atau sampai keras sikit adunan pertama (ikut acuan yg digunakan, kalau acuan kecik cepat je kerasnya), masukkan lapisan kedua dan seterusnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Credit: Kak Za Ahmad

Dah dapat resepinya kan? Nama nya kek asam manis comel sebab guna bekas acuan yang comel. Hehe..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close