Ayam Masak Bali. Nak rasa lain sikit dengan menu ayam? Bolehlah cuba resepi yang saya kongsikan di bawah ini.
Lauk ayam masak bali sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Mesti makan tak toleh kiri kanan. Hehe
Bahan-bahan ayam masak bali:
Cara-cara menyediakan ayam masak bali;
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
2. Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kicap, gula, sos tiram, air asam jawa dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
5. Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, taburkan bawang besar hiris hingga layu, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments