Aneka Bubur Dan Dessert Untuk Berbuka Puasa. Bulan ramadan akan datang, maka bermulalah episod mencari juadah berbuka kepada kita semua terutama yang bergelar ibu atau mama. Sebab ada anak-anak menanti hidangan apa untuk berbuka nanti, betul tak? Kadangkala sampai buntu dan tepu nak masak apa untuk family tersayang. Jadi, saya kompilasikan jenis-jenis bubur dan dessert yang mungkin sesuai di jadikan juadah sampingan ketika berbuka.
17 Jenis Bubur Dan Dessert Untuk Berbuka Puasa 2023 di bawah ini adalah kompilasi bubur dan pemanis mulut (dessert) yang sedap-sedap semuanya. Kebanyakan bubur dan dessert seperti bubur sum sum, cendol, bubur cha cha dan banyak lagi senang nak di cari dalam bulan ramadan.
Bubur Dan Dessert Yang Paling Disukai Di Bulan Ramadhan 2023
1. Pengat Pisang
Bubur atau pengat pisang adalah dessert kegemaran seanjang zaman di bulan Ramadan. Pengat pisang adalah bubur kegemaran bonda saya 😁 buat dengan pisang nangka paling sedap..
2. Cendol
Siapalah tak suka makan cendol. Ada cendol klasik iaitu cendol asas je. Nak terlebih advance tambah kacang merah dengan pulut. Dan sekarang ni ada pula cendol durian.
3. Bubur kacang hijau
Bubur kacang hijau pun antara bubur yang selalu orang buat, paling tidak sekali dalam sebulan. Tak payah tunggu bulan ramadan pun boleh buat. Antara penggemar bubur kacang hijau saya adalah anak bongsu saya.. Hehe.. kalau musim durian kita letak durian berketul-ketul..😂
4. Bubur pulut hitam
Bubur pulut hitam ni selalu makan ketika duduk asrama. Tiap minggu ada je bubur pulut hitam. Kemudian makan cicah roti putih. Kenangan betul la..
5. Butir Nangka
6. Bubur Sum Sum
Orang tua-tua kata makan bubur sum-sum selepas penat bekerja boleh redakan sengal dan lenguh di badan. Entah betul atau mitos, yNg penting saya suka makan bubur sum sum ni..
7. Saggupal
8. Pengat Nangka
9. Bubur Cha Cha
My signature dessert adalah bubur cha cha. Anak-amak dan suami selalu suruh buat. Satu periuk pun habis dia orang kerjakan!
10. Bubur Jagung
11. Pengat Keledek
Antara menu biasa dijumpai di kampung bila tiba bulan ramadan.
12. Bubur kacang merah
13. Puding sagu gula Melaka
14. Sira Ubi Kayu
15. Pengat Labu
Pengat labu sama sagu. Sedap nau rasanya, segar je bila dapat makan pengat labu semasa berbuka puasa. Tapi jarang nak jumpa kecuali kena buat sendiri.
16. Bubur sagupal jagung
Bubur sagu yang digumpal dan dimasak bersama jagung manis. Manisan yang popular di Kelantan.
17. Bubur Puteri Berendam
1001 koleksi bubur dan dessert di atas boleh dijadikan panduan menu dessert yang mana satu kesukaan keluarga anda. Atau, boleh masak sehari satu menu, lebih syiok orsng kata.
Dessert ataupun bubur juga sedap dimakan sewaktu sejuk terutama setelah kita simpan dalam peti ais.
Selamat mencuba aneka rasa bubur dan dessert untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments