Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Goreng Pisang Nangka Rangup Tepungnya

Cara Goreng Pisang Nangka Rangup Tepungnya. Pisang nangka rasanya manis dan amat sedap dibuat goreng pisang.,. Eh pisang goreng.. Hehe. Sebut apa pun yang penting dapat makan pisang goreng yang sedap lemak manis. Pisang nangka adalah sejenis pisang yang masaknya dengan kulit masih berwarna hijau. Jangan tertipu jika kulit pisang nangka macam tak masak-masak. Anda kena picit dan jika dah lembik, maksudnya pisang nangka tu dah boleh digoreng. Manis rasanya. 

Cara Goreng Pisang Nangka Rangup Tepungnya

Cara Goreng Pisang Nangka Rangup Tepungnya

Bahan-bahan;

1 sisir pisang nangka - kopek kulitnya, potong ikut suka
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak panas
Garam yang dibancuh dengan air
Minyak untuk menggoreng

Cara buat tepung pisang goreng supaya rangup


1. Bancuh tepung beras, tepung gandum, telur dan minyak panas dengan air garam sehingga cair, sederhana cair.

2. Titiskan sedikit pewarna kuning. Kacau rata.

3. Salutkan pisang nangka dalam bancuhan tepung dan goreng dalam kuali dengan minyak penuh.

4. Angkat bila warna menjadi kekuningan

5. Siap untuk dimakan dan cicah sambal kicap

Siap!

Cara Goreng Pisang Nangka Rangup Tepungnya

Selamat mencuba cara goreng pisang nangka supaya tepung rangup. Resepi asal saya tengok che nom tapi saya ubah suai ikut keadaan bahan yang ada.

Nota;

Pewarna kuning bagus untuk elak minyak resap pada piisang goreng. Saya dah cuba, ternyata berkesaan.

Terbukti kerangupan kulit tepung goreng pisang nangka tersebut.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close