Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Siang Ikan Kerisi Dengan Betul

Cara Siang Ikan Paling Betul. Haha.. ada orang siang ikan tak betul ke? Cincai je la kan, yang penting ikan boleh dimasak dan masuk mulut. Tapi ternyata saya silap.. ada cara yang betul nak siang ikan ye.. 

Cara Siang Ikan Kerisi Dengan Betul
Gambar hiasan

Alkisah tadi saya pegi mini mart. Beli ikan kerisi. Yang jaga bahagian barang basah adalah bangladesh. Saya kata siang buang kepala. Dua kali dia tanya. Saya kata, ya.. lepas tu hasilnya... macam kat bawah ni.. hehe, habis kepala ikan kerisi semua hilang. 

Cara Siang Ikan Kerisi Paling Betul

Kepala ikan kerisi hilang semuanya.. 😅😅😅 mungkin saya silap beri arahan.

Cara Siang Ikan Kerisi Paling Betul


Cara siang ikan kerisi yang betul


Cara 1:


Belah di atas bahagian badan ikan. Serta keluarkan isi perut ikan melalui di kepala. Dengan cara ini, perut tidak pecah pada bahagian bawah ikan.. Sisik tidak perlu di buang.. bagi mengekalkan kemanisan ikan tersebut. (Basuh sebersih bersihnya ikan tersebut) - kalau saya lebih mudah nak makan bila buang sisik nya. terpulang pada masing-masing


Cara 2:


Gambar hiasan

Selak kepala ikan begitu.. seperti dalam gambar diatas. Ambil pisau, dan letak pisau pada badan ikan serta terus belah perut..

Keluarkan isi perut ikan serta insang ikan nya sekali..Buang segala perut serta kekotoran didalamnya, buangkan sisik ikan sekali dengan cara mengikis sisik ikan (menggunakan pisau yang tajam.)

Akhir sekali,jangan lupa kelar badan ikan itu.. supaya bahan ramuan perapan ikan mudah meresap masuk kedalam dan juga cepat masak.

Selamat mencuba petua atau cara siang ikan yang betul, ikan saiz kecil la ya. Ikan saiz besar-besar lain caranya. Orang kat pasar la yang pandai buat. Kita bayar je..
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close