Jambu Air Segar Dari Rakan Untuk Berbuka. Kita habaq yang simple je untuk hari ni, antara menu berbuka hari ni yang special adalah jambu air pemberian rakan sekerja. Jambu air saiz besar dan warna hijau cair, memang manis bila dimakan. Tak tahu apa nama specifik jambu air tersebut tapi yang pasti bijinya pun besar-besar. Buahnya amatlah rangup bila dikunyah.
Nanti sat lagi nak potong lagi buah jambu air dan kita tabur serbuk asam boi. Hmm.. dah terasa rasa segarnya. Hehe.. boleh juga di makan dengan kuah petis.
Kawan bagi dekat 10 biji, warna pink dan hijau muda. Tanam kat tanah taman perumahan je. Dalam setahun berbuah tak putus. Dapatlah kita orang merasa buah jambu air yang dia tanam setiap bulan..
Jambu air ni rasanya manis-manis buah je. Mungkin sebab waktu hujan, buah tak berapa nak manis. Kalau kena musim panas.. semua buah jambu air tu rasanya manis sesedap rasa.
Kalau beli kat pasar, berapa agaknya harga 10 biji jambu air saiz besar gitu? Marilah kita fikir sama-sama, hehe..
#Penafian:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments