Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah. Kelmarin sebelum sekolah buka, saya sempat melepak kedai mamak dengan si bujang bongsu. Si ayah tak dapat cuti, jadi ibunya yang kena layan pergi cari baju sekolah, alatan menulis, bekalan makanan untuk balik asrama, segala shampoo dan banyak lagi list nya panjang berjela.. seram nak tengok.. haha

Alkisah kita orang lepak kedai mamak pekena nasi lemak ayam goreng warna merah. Memang style mamak kan, ayam goreng dia warna merah. Hehe.. tapi yang penting rangup dan sedap. Isi dalam pun masak sekata.

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah

Bila order ayam saya mesti ambil bahagian peha atau kepak. Anak pulak suka bahagian banyak isi contohnya macam bahagian dada. Jadi, kita orang memang selalu tak bergaduh bila nak makan ayam goreng... 

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah

Lepak Kedai Mamak, Layan Nasi Lemak Ayam Goreng Merah

Nampak tak korang betapa merahnya ayam goreng kat kedai mamak. Tapi tak pedas pun. Kalau nak buat sendiri pun saya dah pandai rasanaya.. kihkih

Set lengkap dia termasuklah ikan bilis, timun, kekacang.. cuma tak de telor. Kalau nak kena side order la 😅

Sambil makan, sempat la berborak. Anak saya ni ada mohon MRSM program Bitara, tapi tak dapat. Kena buat rayuan. Dia kata tak apa, kat Mersing pun okay jugak. So, lagi 2 tahun dia kena habiskan kat MRSM Mersing. Lepas tu ikut jejak si abang.. insya Allah.

Dah kenyang mata pun mengantuk. Padahal matahari baru nak naik. Itu lah penangan makan nasi lemak, betul tak?

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close