Mee Goreng Mudah Tak Cukup Bahan Tapi Sedap. Walau tak cukup bahan nak masak mee goreng, tetap jadi jugak dan sedap pulak tu. Macam makan mee goreng mamak buat sendiri.. hehe, kalau korang nak masak mee goreng tapi bahan dalam peti sejuk sekejap ada sekejap tak cukup. Jangan risau. Marilah ikut cara saya buat mee goreng yang mudah versi tak cukup bahan..
Bahan-bahan;
1/2 kg mee kuning - basuh dan toskan
1 biji bawang besar - hiris nipis dan halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji telur
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan kicap lemak manis Jalen😍
2 biji tomato - belah 6
2 tangkai daun sup
Cara-cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan cili boh. Kacau rata biar hingga masak.
2. Tambahkan air biar kuah nampak cair.
3. Pecahkan telur dan biar seketika, baru kacau. Telur akan cantik jadinya
4. Masukkan mee kuning dan leraikan perlahan-lahan. Kacau sebati dengan bahan tadi
5. Masukkan tomato dan daun sup. Kacau seketika dan tutup api.
Mee goreng biasa yang sedap telah masak dan sedia dimakan.
Nak makan nanti hiriskan timun sebagai ulam.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments