Resepi Nasi Ayam Dengan Ayam Berempah. Ada yang tanya mcmna nak jadikan serat-serat tu rangup dan tak bergumpal? Jom saya share resepi Ayam goreng berempah yang rangup ni..
Tiada masalah pun saya nak kongsi sbb ilmu ni pun saya dpt percuma.. Belajar dgn cikgu google dan pengalaman je.. Yang penting tiada rahsia tersembunyi..
Di bawah ni saya hanya kongsi resepi ayam berempahnya, dan bukan resepi nasi ayam. Sebab nasi ayam semua pun tahu cara nak buat, kan? 😀
Potong ayam besar2, selalu saya potong 4,
Resepi utk setengah ekor ayam,
Bahan kisar;
1 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
2 inci - Halia & lengkuas
Cili kering/serbuk cili,
3 batang Serai
1 sudu Ketumbar
1/2 sudu Jintan manis
3 biji Buah keras,tak letak pun boleh,
#kuantiti cili kering/ serbuk cili tu ikut selera masing2 ye, klu tak nak letak pun blh..
Blend semua bahan tu dengan 2 biji telur dan air asam jawa pekat, klu blh jgn masuk air langsung sbb kita taknak ayam tu berair sgt, klu letak air pun setakat utk bg blender tu pusing je..
Perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi dan juga bahan2 ni👇👇👇
1 sudu penuh Serbuk kari
Garam,
Daun kari sikit,
secubit gula,
1 sudu tepung beras dan 1 sudu tepung jagung,
sedikit bahan perasa contohnya hilal/aji/cukup rasa/pasti sdp etc..
Perap 30minit, satu malam lg umphh..
Cara-cara:
Goreng dgn api sederhana,tutup dgn penutup periuk sewaktu menggoreng.. 2-3 minit sblm angkat kena buka tutup periuk.. Kaedah ni untuk dapatkan ayam yg rangup tp berjus didalam..
Cara nak dapatkan serat ayam goreng lebih rangup:
Untuk dapatkan serat yang garing tu, bila dah siap goreng smua ayam.. Amik serdak2 yg tinggal dan goreng dgn api sederhana, masa tgh goreng tu.. Kacau-kacau serdak tu supaya dia tak bergumpal atau berketul.. Bila dah garing, angkat & toskan dan tabur pada ayam goreng tadi..
Nota#
Lepas goreng ayam, rehatkan ayam tu lebih kurang 5-10minit sblm dipotong,sbb kita xnak ada darah yg keluar lepas ayam dipotong.
Selamat mencuba😄
Cdt: Murni Rahmat
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments