Resepi TOM YAM KHUNG ASLI SELATAN THAI 😍. Saya nak share resepi tomyam bagi penggemarnya. Resepi ni adalah resepi tomyam rasa original selatan Thai yang memang digemari oleh rakyat tempatan. Selalu kalau msuk restoran Thai mesti nak minta tomyam khung. Resepi ada kat bawah ni..
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
A. Masak semua bahan di bawah ini sehingga mendidih:
Air 3 cawan
Serai 3 batang yang dihiris menyerong
Lengkuas sebesar dua ibu jari di ketuk
1 biji Bawang besar holand dihiris nipis
5 helai Daun limau purut
Akar daun ketumbar
Cili api ketuk
B. Biar mendidih lama sikit sebab kita nak keluarkan rasa dari sayur2 ni. Setelah mendidih, masukkan:
3/4 cawan santan pekat
3 sudu besar Paste Tomyam yang muka Nyonya Thai tu.
6 - 8 sudu besaq Sos ikan
(pastikan sos ikan yang ada Gambar sotong kering tu. Cap lain tak sedap chef kata)
(TIPS PENTING CHEF: JANGAN MASUKKAN GARAM. Perasa hanyalah sos ikan. Kalau masuk garam, dia kata akan rasa lain)
1 sudu teh gula
Masukkan UDANG
Sila pilih udang yang berkulit lembut warna kelabu kebiruan. Saya guna udang Harimau. Bila masak dia jadi warna merah , cantik.
Lagi besar lagi sedap Laaaa kann...harga pun lagi la sedap.
##Biar menggelegak. Jangan lama sangat masak. Nanti isi udang keras tak best.
C. Sebelum tutup api
Masukkan:
Cendawan tiram
Daun ketumbar
Tomato
1 biji perahan LIMAU NIPIS. Jangan guna limau kasturi.
NOTA: masa saya masak ni, cendawan tiram tak dak, so saya guna cendawan yang panjang ni. Cendawan lebih keras dari Cendawan tiram, so saya masukkan awal sket.
Masukkan semua ni terus tutup api. Sayur2 ni akan lembut sebab kuah masih mengelegak.
SIAPPPP...
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Jangan lupa sambal belacan dan telur dadar.
Sumber : FB
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments