Sarapan nasi goreng dengan ayam KFC buat sendiri. Buat sendiri ayam KFC tu dengan tepung serbaguna Bestari yang pedas punya. Baru lah kaw pedas dia..
Ayam KFC buat sendiri tu saya dah perap dengan sebiji telur, dan tepung serbaguna Bestari yang pedas punya. Perap dalam 1 jam gitu. Ketika nak goreng, saya salut lagi dengan tepung serbaguna. Lepas tu goreng dalam minyak penuh. Jadi lah ayam KFC..
Nampak sedap kan? Memang sedap. Nak bagi korang idea sarapan esok pagi. Buat simple dengan apa je bahan yang ada. Yang mesti ada tentulah nasi sejuk semalam punya.
Nasi goreng tu lebihan semalam, simpan dalam peti sejuk. Barulah sedap nasi goreng tu.
Dalam nasi goreng tu saya pecahkan telur dan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Nak lagi gempak saya pun campak isi ayam dalam tu. Memang nasi goreng kayangan beb walau sayur tak de..
Okay.. selamat menjamu selera!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments