Lunch Santai Lemak Cili Api Siput Sedut Dengan Resepinya Sekali. Siput sedut nak jumpa pun susah, ada rezeki ada lah ternampak kat pasar. Beli dalam 2 bungkus dan terfikir nak masak lemak cili api daun kunyit. Ada juga yang masak bersama batang keladi. Sedap jugak. Tapi kena pandai masaklah.. jika tidak gatal batang keladi tak hilang, kang niaya orang yang makan.. Hihi
Nak masak siput sedut kena bersihkan betul-betul. Sebab dicelah-celah cengkerang tu ada pasir. Rendam cuci dan toskan ulang kali.
1 kg siput sedut
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Kisar Halus
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
CARA MEMBUATNYA:
4. Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (anggaran 2 camca teh). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Resepi Lemak Cili Api Siput Sedut
Bahan-bahan:
3 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
10 biji cili padi (optional)
CARA MEMBUATNYA:
1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.
2. Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan-bahan kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
3. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak.
4. Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (anggaran 2 camca teh). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
5. Hidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan telur dadar. Nak lauk tambahan gorenglah ayam lumur kunyit, bawang putih dan garam. Fuhh! Sedap taw.
Haha.. Kami tambah siakap goreng dan ulam-ulaman dengan daun salad dan timun je.
Dah kenyang perut, kita pun suka hati. Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Semoga resepi siput sedut masak lemak cili api tadi dapat dicuba bagi sesiapa yang teringin masak sendiri.
Bye!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments