Menu Ramadan Hari Ke 10 : Asam Pedas Siakap Dan Pak Choy Tumis Udang. Rezeki hari ini ramadan ke 10. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan bersahur dan berbuka.
Kepala ikan siakap masak asam pedas. Menu kesukaan En suami iaitu asam pedas kepala ikan. Tapi memang sedap pun bahagian kepala ikan tu.. berlemak dan serap rasa.
Pak choy goreng sama udang. Tumis ringkas dengan sedikit cili padi. Sedap je dipasangkan dengan asam pedas. Tambahan menu ada karipap kentang segera. Puncanya saya selalu tak dapat beli karipap di bazar ramadan. Jadi, kita cari frozen punya dan goreng sendiri.
Ada juga air kopi tarik .. saya tarik sendiri taw. Bukan beli kat kedai punya.. hehe. Walau menu berbuka puasa kita orang simple je sebab tinggal berdua, tetapi ini lebih dari cukup. Kena hujung minggu memang saya masak. Kalau hari bekerja biasanya kami beli je makanan di bazar ramadan.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments