Menu Ramadan Hari Ke 20 : Nasi Ayam Penyet Sambal Pedas. Sambal dia pedas mak kaw, tapi sedap. Walau di mulut kata pedas mulut itu juga yang perabis sambal ayam penyet tu. Dah la dia bagi sikit je. Ayamnya pun lembut, rangup di luar dan senang nak kunyah. Ayam saiz suku dan agak besar hingga saya tak dapat nak habiskan.
Lagi yang buat sedap adalah serbuk rempah pada ayam penyet tu. Harum je bau dia. Macam ni makan tanpa sup pun dah okay.
Tak ketinggalan menu ramadan hari ke 20 adalah kuih seri muka lemak manis hijau menawan dan kuih tako. Kuih tako nya kurang manis.. tapi saya habiskan jugak sebab dah lama tak makan kuih tradisional ni.
Walau apa pun, salam ramadan kepada semua. Ramadan dah masuk 10 malam terakhir, maka rebutlah peluang untuk menggandakan segala amalan kebaikan kita.
Semoga kita semua dapat bertemu dengan lailatul qadar. Aamiin...
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments