Menu Ramadan Hari Ke 22 : Nasi Putih Dengan Sup Tulang. Menghitung hari untuk beraya tetapi jangan di lupa yang kita masih berpuasa. Maka lakukanlah amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh agar apabila telah masuk bulan Syawal, kita menjadi hamba Allah yang baru. Baru dari segi apa tu? Tentulah kita berubah menjadi hambaNya yang lebih berdisplin dalam melakukan amal ibadah, bersedekah dan juga membuat perkara-perkara yang bermanfaat.
Sup tulang in the house!!
Berbalik kepada menu ramadan hari ke 22, kami ada menu sup tulang. Makan dengan nasi putih je. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang.
Beli kat bazaar ramadan. Dalam sup tu dia bagi 6 ketul tulang (yang ada daging). Makan dengan sambal kicap dan hirup kuah sup tulang tu sampai licin. Alhamdulillah rezeki dapat sup tulang sedap.
Karipap kentang tidak ketinggalan. Itu memang kuih faveret sepanjang zaman. Hinggakan kami sanggup buat sendiri bila teringin nak makan. Nasib baik dah habis tuntut ilmu. Boleh lah untuk makan sesama keluarga.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments