Resepi Stew Ayam Simple Hidangan Bersahur. Lauk untuk sahur ramadan hari ke 16. Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berpuasa. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan amalan baik sampai bila-bila.
Menu Stew ayam jadi pilihan. Memang tak jemu. Korang boleh buat berpandukan resepi ringkas di bawah.
Bahan-bahan dan cara penyediaan;
Ayam potong kecik kecik
1 biji bawang holland dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris halus
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga
Tumis semua tu sampai wangi. Then masukkan :
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tomato
1 sudu lada hitam ditumbuk
Air sedikit jika perlu
Korang boleh tambah sukatan sos tu ikut sesuai rasa. Kalau nak lagi umph boleh buat 2 ke 3 sudu camtu.
Gaul kejap baru masukkan ayam dan renihkan sebentar sampai ayam lembut separuh.
Lepas tu masukkan :
1 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merak dipotong dadu
1 kiub ayam
Garam gula secukup rasa
Air sedikit ikut nak kuah banyak mana
Bila kentang lobak dah empuk, masukkan tomato dibelah empat, cili padi dipatah dua dan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Haaa dah pun siap. Boleh la tabur daun bawang daun sup masa menghidang.
Selamat mencuba!
Kredit : ciktun
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments