Sambal Goreng Simple Dengan Udang. Nak kata sambal goreng jawa simple boleh jugak. Hehe.. Sebab bahan tak cukup. Kalau sambal goreng jawa macam-macam ada.. sampai tak perlu makan lauk lain pun tak apa. Sebab sambal goreng jawa original tu dah cukup segala bahan di dalamnya yang menjadikannya umpama super lauk! Hehhe..
Sambal Goreng Simple Dengan Udang
Bahan-bahan:
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Cili hijau/ cili merah - hiris
Kentang - potong dadu, digoreng
1 mangkuk kecil udang - dibuang kulit
2 bungkus suhun saiz kecil - direndam
3 sudu makan kicap
Garam dan gula secukupnya
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili hidup hingga naik bau. Kemudian masukkan udang. Kacau rata dan biar seketika.
3. Masukkan kicap secukupnya. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan kentang yang telah digoreng dan suhun. Kacau rata hingga sekata.
5. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Makan dengan nasi putih panas-panas, boleh habis dekat 2 pinggan jugak tu..
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments