Dapur Gas Baru Selepas 14 Tahun. Hadiah dari En suami sebab rajin masuk dapur agaknya. Hehe.. dapus gas lama masih elok tetapi sebab dah bosan maka tukar la baru. Baru bersemangat nak masak untuk family, kan? Dapur gas yang lama tu dari jenama Morgan, tahan lama betul.. dan dibeli pada tahun 2009. Banyak jasanya pada kami sekeluarga.
Yang baru ni dapur gas jenama Firenzzi, beli sebab ada offer, so harga dia tak la sampai seribu.. hihi. Kat Shoppe ada jual harga dekat RM800. Biar mahal sikit tapi pakai tahan lama.. memang berbaloi.
Mengikut kata En suami.. yang penting api biru dan cepat proses memasak.
Bagi wanita atau emak-emak.. bukanlah hadiah mahal-mahal yang kami nak, paling suka kalau dapat gajet memasak. Itu pun dah happy.
Harap nya selepas ni lebih bersemangat nak masuk dapur sebab ada geng baru yang memudahkan urusan di dapur.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments