Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Chicken Chop Yang Juicy

Dinner Chicken Chop Yang Juicy. Malam tadi kami makan malam agak lewat iaitu selepas 10.30 malam sebab dah malam baru rasa lapar. Dalam freeze pun tak cukup bahan nak masak, maka dinner di luar jawabnya. Bukan dinner.. tapi supper kut 😅

Makan bertiga sebab si bongsu dah mula bercuti seminggu. Dia memang suka chicken chop. 

Bila time order, kami minta 1 lamb chop dan 2 chicken chop. Tambahan menu dari si bongsu semestinya fun fries. Makan sorang sepinggan pun jadi, tak pernah jemu katanya.

Dinner Chicken Chop Yang Juicy

Dinner Chicken Chop Yang Juicy

Chicken chop dengan isi ayam yang tebal tetapi juicy. Nak potong pun senang je.. santai. Tak la terbalik meja macam kat sesetengah tempat. Chicken chopnya keras ya amat.. hehe

Terbaik la abang western food ni! Lamb chop dia pun sedap dan lembut. Jika tidak takkan lah En suami berulang makan kat sini. 

Boleh dikatakan dalam sebulan 3 kali kita orang makan kat sini. Namun dah namanya western food, harganya boleh tahan jugak. Korang kena sediakan ongkos je.. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close