Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera. Bila dah tiada idea nak masak apa untuk family, kami akan cari menu simple dan google lauk apa yang sesuai dimasak pada waktu itu. Masakan lauk pauk kampung yang simple adalah piluhan utama. Jika masak pelik-pelik tidak dimakan pulak, kan dah membazir. Betul tak?

Hari ni kami nak masak ikan kerapu goreng kunyit. Makan bersama sawi rebus. Berserta ulaman.

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera

Ikan kerapu goreng kunyit. Sedap digoreng garing. Isinya amat lembut dan berdaging putih. Tahukah anda ikan berdaging putih amat bagus bagi mereka yang sedang dalam pantang dan juga ada sakit jantung atau darah tinggi.

Cara goreng ikan kerapu dengan kunyit. Tumbuk semua bahan seperti serbuk kunyit @ kunyit hidup, 2 inci halia, seulas bawang putih dan garam bukit. Tumbuk lumat. Kemudian lumurkan pada ikan kerapu. Perap selama 1 jam. Kemudian goreng rangup dan garing.

Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas dan sayur rebus @ orang jawa panggil sayur bening. 😅 makan memang tak toleh kiri kanan.. hehe

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera

Buah naga isi merah. Banyak khasiatnya. Sedap dimakan sewaktu sejuk. Sedikit info, buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Selain itu, biji buah naga juga mengandungi lemak omega-3 dan omega-6 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam badan. Kandungan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang.

Ikan Kerapu Goreng Kunyit Pembuka Selera

Manakala untuk wanita dalam pantang, digalakkan makan cara bakar, panggang atau rebus. Jadi, ikan kerapu bakar amat sesuai untuk mereka. Resepinya sama je dengan nak goreng ikan tadi, cuma cara memasak ditukar kepada bakar.

Semua kita semua dianugerahkan kesihatan yang baik.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close