Kenangan Kuih Raya 2023. Buat kuih tak pandai tapi beli dan makan kuih raya memang lah kita yang paling pandai! Raya 2023 pun dah nak habis, kuih raya pun dah tinggal koret-koret orang kata.. jom tengok kuih raya yang masih ada lagi..
Kerepek ubi sira sambal, kuih arab, popia nestum dan kerepek pagoda. Ni semua ada banyak lagi. Tadi ada abang datang, kita bagi keluar habis. Hehe..
Selain itu, kuih muih dari hamper pun banyak lagi. Antaranya coklat, biskut kelapa, almond london dan maruku.
Mana yang kita tak berapa makan, kita bagi je kat tetamu bawak balik. Daripada membazir kuih raya tu, eloklah bagi pada mereka yang suka makan kuih raya.
Kuih raya 2023 ni apa yang popular ya? Rasanya kita tak jumpa lagi kerepek pisang tanduk dengan kuih batang buruk. Raya tahun lepas semua rumah ada batang buruk. Hehe.. tahun ni tak musim pulak.
Rasanya kuih raya 2023 ni banyak kuih yang viral je orang beli atau buat. Sebab tu trend beraya, semua rumah kuih hampir sama. Hihi.. gitulah agaknya tahun depan. Kuih mana yang viral pulak??
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments