Resepi Kepak Ayam Rasa Sweet Spicy. Jom kita cuba resepi yang viral ni pulak. Resepi ini dikongsikan di FB oleh Victoria Van. Saya dah cuba memasak guna air fryer, pun sedap.. manis dan pedas sikit rasanya. Untuk acara open house atau barbeque pun ngam.
Kepak Ayam Manis-Manis Pedas
Bahan-bahan:
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
Rempah Ratus:
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
2. Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
4. Akhir sekali, campurkan madu dgn kepak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments