Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Stok Cili Padi Kisar Untuk Mudahkan Urusan Di Dapur

Cara Buat Stok Cili Padi Kisar Untuk Seminggu Dan Mudahkan Urusan Memasak. Sebelum ini saya ada buat post tentang cara nak buat cili kering kisar untuk seminggu. Siapkan bahan kisar awal-awal kerana dapat mudahkan urusan kita terutamanya ibu atau wanita yang bekerja. Balik rumah boleh terus ambil pes yang kita dah siapkan sebelum ini.

Pes cili padi tak berapa tahan lama kerana kandungan cili yang berair dan sifatnya yang cepat rosak. Tapi kalau cili kering boleh bertahan sehingga sebulan kerana kita boleh tambah minyak semasa mengisar menjadikan dia tahan lama. Letak garam supaya dia tidak berkulat.

Lepas tu simpan cili padi kisar atau blender anda itu dalam bekas yang bertutup. Jangan biarkan terdedah walau dalam peti ais. Nanti boleh tercemar.

Cara Buat Cili Padi Kisar Untuk Seminggu Mudahkan Urusan Memasak

Cara Buat Cili Padi Kisar Untuk Seminggu Mudahkan Urusan Memasak

Caranya amatlah mudah.

Ambil bahan-bahan berikut untuk cili padi kisar stok seminggu.

1 mangkuk cili padi
Sedikit Garam
Bebrapa biji kunyit hidup, kalau nak lebih kuning boleh lebihkan kunyit hidup
Air
2 inci belacan

Cara-cara:

Semua bahan di atas kisar sehingga hancur. Jumlah air sekadar untuk melumatkan cili padi je. Jangan letak air banyak-banyak. Nanti merosakkan cili padi tersebut. Sebab cili ladi dah mengandungi air di dalamnya berbanding cili kering. Kemudian simpan dalam peti ais.

Insyaa Allah.. pes cili padi anda dapat digunakan dalam masa seminggu.

Bukan ke mudahkan urusan seharian anda?

Macam-macam anda boleh masak dengan cili padi kisar ni. Boleh masak nasi goreng, lemak cili padi, boleh buat ikan bakar cicah air asam, boleh buat sambal nasi ayam penyet, boleh tumis sayur dan macam-macam lagi.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close