Kisahresepi Dot Com Telah Catat Lebih 5 Juta Pageview. Dulu pada tahun 2021, blog ini telah mencapai 3 juta PV. Kini, selepas 2 tahun blog Kisahresepi telah bertambah PV lagi kepada 5.6 juta. Alhamdulillah, masih ada lagi pembaca mencari resepi di blog.
Saya sedar persaingan sengit tentulah dari youtube. Tetapi, ada ketika mencari resepi dengan sukatan yang teliti berserta petua masakan adalah lebih senang di cari dari blog-blog resepi.
Selain itu, blog lebih mesra Google Search berbanding media sosial yang lain. Lagi pula carian di blog lebih mudah berdasarkan menu dan sitemap yang disediakan setiap owner blog tersebut.
Namun tak salah jika anda lebih selesa dengan IG, Tik Tok, FB dan sebagainya. Pilihan di tangan sendiri.
Jom lihat laporan blog kisahresepi dot com daripada blogger.com.
Setakat entry ini ditulis, blog telah mencatat lebih 5.69 juta PV. ALHAMDULILLAH. Kebanyakan mereka yang hadir di blog ini adalah datangnya dari carian google.
Berdasarkan screen short di atas, resepi kuih muih tradisional banyak di cari dari blog kisahresepi dot com. Selain itu, resepi menu masakan kampung juga popular dalam carian google.
Kalau anda nak mencari resepi ringkas dan juga kek yang sedap-sedap, boleh tekan butang Search di sebelah menu bar.
Semoga blog ini membantu pencarian resepi yang anda ingini.
Semoga blog kisah resepi dot com bermanfaat kepada ramai pencinta resepi.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments