Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa, Tak Pernah Jemu

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa, Tak Pernah Jemu. Siapa lagi penggemar siakap 3 rasa kalau tidak bujang bongsu ku itu. Kami makan sikit je, lebihnya bagi kat dia habiskan. Bukan apa,. dah selalu makan jemu pulak tekak ni. 

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa, Tak Pernah Jemu

Kita orang minta saiz ikan siakap yang kecil je tapi bila order sampai.. nampak besar pulak ikannya. Mungkin harga seekor ikan siakap saiz besar lebih dari RM30. Kalau saiz kecil ada yang jual RM18. Tak pe lah, hero kita ada. Dia selalu yang perabis lauk pauk yang kita orang order.. 😁😁

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa, Tak Pernah Jemu

Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa, Tak Pernah Jemu

Selain itu, ada juga order tomyam seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar rangup.. 

Itulah menu dinner kita orang, yang dah lama tak makan siakap 3 rasa tu. Order menu tersebut disebabkan si bujang bongsu yang amat meminatinya.

Semoga dengan menu kesukaan tersebut dapat menggembirakannya, yang jarang ada di rumah kerana duduk asrama. Bahagiakan keluarga dan anak-anak kan amalan mulia.

Bye!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close