Masak Mee Goreng Dengan Lebih Tauge. Mesti korang ada cara memasak dengan style sendiri. Ada yang suka masin, manis, pedas dan sebagainya. Saya pula suka masak mee goreng dengan lebih tauge. Memang syiok masa mengunyah. Mee goreng rasa lebih rangup dan segar.
Korang layan gambar dalam entry ni. Kami beli dekat RM1.00 tauge dan masak bersama 1/2 kg mee kuning. Bila dah masak, nampak la tauge lebih banyak daripada mee.
Mee goreng lebih tauge boleh di masak jika kami berdua suami isteri yang makan. Jika ada si bongsu, memang kena asingkan tauge dan mee tu..
Nak masak mee goreng basah yang special? Korang masak macam biasa cuma kena lebihkan air waktu menumis sambal. Bila dah masak bahan tumisan itu, masukkan kicap manis dan sos cili. Perisakan dengan garam. Kemudian pecahkan telur.
Begitulah antara proses masak mee goreng. Bila dah masukkan mee, masukkan pula sayur. Kacau rata.
Selamat memasak uols..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments