Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Pajeri Betik Muda

Pajeri Betik Muda. First time dengar bila jalan-jalan kat Google. Dengar pajeri nenas pun dah terliur, inikan pula bila terbaca pajeri betik. Sah akan sedap rasanya. Sebagai rujukan masa depan, saya kongsikan resepinya di sini. Supaya senang nak cari bila nak buat nanti.

Resepi Pajeri Betik Muda

Pajeri Betik Muda


Bahan-bahan:

1 biji betik muda [warna oren]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci kulit kayu manis
3 sudu besar rempah kari ikan [dibancuh dengan air]
4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat pajeri betik muda


1. Betik dibuangkan kulit dan biji. Potong kecil.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari sehingga naik minyak.

3. Masukkan santan dan garam serta gula merah.

4. Masukkan kerisik dan betik sekali. Kacau sekali-sekala supaya rempah tidak melekat pada periuk.

5. Masakkan hingga kuah pekat dan naik minyak. Hidangkan. 

Semoga resepi pajeri betik muda di atas boleh menambahkan menu masakan di meja rumah anda. Rupanya senang je nak buat. Memang nak kena cuba ni.
 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close