Sarapan Roti Kering Yang Menggamit Memori. Lama dah tak makan roti kering bergula yang selalu dimakan waktu kecil. Dulu saiz dia lebar dan panjang, sekarang ni saiz dah mengecil pulak.. hehe. Dulu-dulu kita orang adik beradik makan berkongsi. Dari sekeping di patah dua. Almaklum kita pun bukan orang senang. Sekarang ni, nak makan melantak sampai muntah pun boleh.. belilah banyak mana nak beli. Hihi...
Siapa tak kenal roti kering ni dia mesti lahir era millenium, kan? Inilah gambar-gambar roti kering yang saya beli.. sedap dimakan cicah teh 'O' atau kopi 'O'. Tak boleh dengan teh susu atau kopi susu. Sebab roti kering ni dah manis. Kang tak memasal kena kencing manis.. so, kita lawankan dia dengan yang tawar atau pahit. Sedap sangat tau. Cubalah!
2 atau 3 tahun lepas tak la mahal harganya. Sekarang dah naik dah, mungkin faktor kenaikan harga barang ikut mempengaruhi. Semua dah mahal, mana ada yang murah sekarang ni..
Oh ya.. roti kering ni makan macam gitu je pun dah sedap. Sebab rasa manis dia dah cukup membuka selera nak makan di mana-mana je. Bawak pegi office pun boleh jadi teman waktu mengantuk.. 😂😂
Kalau korang nak rasa, roti kering boleh di beli di kedai runcit biasa. Dekat pasaraya besar rasanya tidak dijual.
Bye..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments