Lunch Nasi Campur Seawal 10.00 Pagi Kerana Kelaparan. Pepagi keluar rumah sebab nak servis kereta, so tak sempat sarapan. Appointment pukul 9.30 pagi. Ngam-ngam sampai, check semua dan buka purchase order. Sales advisor kata datang balik selepas 3 jam. Sebab kiranya servis yang ke 120,000 km ni agak lama, dikira major servis. Anggaran kos RM1,200.
Yang ini menu saya - ayam masak lemak cili api, bendi tumis, salad, sambal kentang. Simple je kan? Alhamdulillah habis licin kami kerjakan makanan. Lauk sedap dan perut lapar, memang kombinasi perabis makanan kan..
Kemudian cari makan kat tempat berdekatan. Pepagi lagi kita orang makan nasi campur sebab terliur dengan lauk pauknya.
Makan berdua je dengan anak bongsu, tapi dah dekat RM30. Apa yang kita orang makan ek? Anak je menu dia dah bertimbun iaitu sambal telur, sambal kentang, tauhu, ayam masak lemak cili api.
Perkongsian di atas sebagai memberikan idea untuk korang yang nak makan lunch nanti. Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments