Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih. Ayam goreng adalah menu paling digemari oleh kita semua, tak kira tua atau muda. Dan, bahagian paling yummy bila digoreng adalah kepak. Tapi kalau nak cari kepak je, agak leceh la kan.. so, kami nak buat ayam goreng rangup bersama bawang putih. Hehe..
Anak-anak mesti suka sebab rasa wangi dan lemak ayam goreng tu lain dari biasa. Sebab diperap dengan daun kari dan digoreng bersama bawang putih. Cubalah!
Bawamg putih tu kami tak makan pun. Di masukkan dalam gorengan ayam untuk menaikkan rasa sedap dan lemak. Memang sedap. Rasa dia lain sikit. Ayam pun rangup je sampai ke petang.
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 inci Halia - kisar
Serbuk kunyit
Garam
Tepung goreng bistari
2 tangkai daun kari
5 biji bawang putih (jangan buang kulit)
Cara penyediaan:
1. Gaulkan rata semua bahan seperti tepung bestari, garam, kunyit dan halia ke dalam ayam.
2. Masukkan sekali daun kari dan gaul sekata. Perap dalam 1/2 jam.
3. Panaskan minyak. Goreng ayam dalam minyak terendam. Masukkan bawang putih yang tidak dibuang kulitnya. Goreng hingga garing.
4. Bila dah masak, toskan dulu minyaknya.
5. Ayam goreng rangup bersama bawang putih siap dan boleh dihidang..
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments