ABC warna warni macam pelangi. Nampak cantik di pandangan mata tetapi adakah rasanya juga sama sedap? Al kisah semalam cuti, bawak si bongsu cari makan dan cari barang asrama. Suka betul bila dapat ABC - air batu campur.
Kemudian kami order kan dia chicken chop. Dia tambah lagi satu pinggan fun fries. Not bad semua makanà n yang kami order. Alhamdulillah, semua suka dan anak bujang ku senang hati. Makan lah selagi sihat tetapi pastikan apa yang kita makan itu adalah sajian yang berkhasiat. Namun sesekali nak happykan anak-anak, kita boleh juga tunaikan makanan kegemarannya.
ABC dengan ais krim. Kombinasi yang menawan hati bagi bebudak.. tak boleh dimakan selalu. Bahaya untuk kesihatan. Sebab.. tahap kemanisannya tu.. hehe
Apa ada dalam ABC tu? Macam-macam ada. Ice cream, kacang merah, jagung, jelly mango, coklat/ milo, cincau, sirap... hmm, entah apa lagi. Memang pembuka selera betul.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments