Resepi Jenahak Masak Asam Pedas Style Johor. Saya jarang beli ikan jenahak kerana tak ada idea masak apa yang sedap selain asam pedas.. tapi bila En. Suami bawak balik ikan jenahak hasil dari memancing. Maka, nak tak nak kenalah masak jugak. Apa lagi? Asam pedas lah.. hehe
Jom kita tengok gambar dan resepi asam pedas ikan jenahak di bawah, asam pedas ikut style saya lah orang Johor.. 😂
Tips:
✅ Gunakan buah keras ubtuk dapatkan kuah asam pedas yang rasa lebih lemak dan lebih pekat.
✅ Tumis cili sampai pecah minyak dan wangi.
Masak guna api perlahandan jaga rempah jangan sampai hangus
Bahan-bahan:
✅ Tumis cili sampai pecah minyak dan wangi.
Masak guna api perlahandan jaga rempah jangan sampai hangus
Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak
Ikan jenahak - 5 ketul
1 mangkuk cili kering yang telah direbus dulu - kisar
1 biji Bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
2 inci halia - kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 mangkuk daun kesum
1 tangkai bunga kantan - belah dua
2 biji tomato - belah kecil
6 ketul sayur bendi
Cara penyediaan asam pedas ikan jenahak style Johor
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak. Jika pekat sangat tambah sedikit air
2. Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum. Gaul/ kacau rata. Jika masih pekat, tambahkan lagi sedikit air ikut kesukaan. Asam pedas Style Johor mestilah cair kuahnya dan boleh hirup.
3. Masukkan ikan jenahak satu persatu. Biar seketika hingga ikan masak.
4. Perisakan dengan gula, garam dan secukup rasa Maggi.
5. Akhir sekali, masukkan sayur bendi dan tomato. Siap untuk dihidang.
Semoga korang pun boleh masak asam pedas ikan jenahak yang sedap dan ikut citarasa tekak kita. .ada yang suka lebih manis dan masamnya.. Ada pula suka rasa lemak masam. Itu semua pun rezeki air tangan masing-masing.
Selamat mencuba ya!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments