Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple. Kalau tengok resepinya memang simple tapi rasa dia.. umphh! sampai tak terkata anak bujang makan sampai bersih kuali. Dengan sambal dia ratah sekali.. ya Allah syukur..

Jom lah kita bagi resepinya. Bau sambal dia wangi giler macam sambal nasi lemak gitu.. haha

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple

Resepi Sambal Tumis Telur Yang Simple


Bahan-bahan:

1 mangkuk saiz sederhana - cili kering dikisar dengan 1 ulas bawang putih dan sedikit minyak
3 biji bawang besar - hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam keping
10 biji telur rebus

Cara memasaknya;


1. Tumis bawang merah dalam minyak yang banyak. Tumis dalam 1/2 jam..

2. Kurangkan minyak gorengan bawang tadi. Masukkan cili yang di kisar tadi dan kacau rata. Biarkan sampai terbit minyak. Juga, masukkan asam keping.

3. Keluarkan asam keping. Masukkan pula gula dan garam. Kecilkan api. Biar sambal nampak berkilat.

4. Masukkan telur rebus, kacau seketika dan matikan api.

Sambal telur simple siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, mesti cuba taw. Sambal tumis buat cara resepi ini memang sedap. Waktu korang goreng bawang tu, dah bau harum satu rumah taw..
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close