Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sambal Udang Yang Wangi Dan Sangat Sedap

Sambal Udang Yang Wangi Dan Sangat Sedap. Korang nak resepi sambal udang yang harum dan sangat sedap? Resepinya mudah saja, tak banyak bahan macam-macam. Korang akan ulang kali nak buat sebab mudah sangat caranya. Hehe.. yang penting bau wangi sambal udang tu yang buat kita tak berhenti makan..

Sambal Udang Yang Wangi Dan Sangat Sedap

Resepi Sambal Udang Yang Wangi Dan Sangat Sedap


Bahan-bahan:

1 kg udang harimau - bersihkan
3 biji bawang besar - hiris nipis
1 mangkuk cili kisar (cili kering + 2 ulas bawang putih + sedikit minyak masak)
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
1 sudu teh pes asam jawa

Cara penyediaan:


1. Goreng bawang besar dengan minyak yang cukup, lebih pun tak apa. Goreng hingga layu dan agak kekuningan

2. Kurang kan sedikit minyak, lalu masukkan cili kisar dan gaulkan. Biar hingga terbit minyak.

3. Masukkan asam keping, garam dan gula. Kacau rata dan rasa, jika kurang manis boleh tambah gula. 

4. Masukkan udang harimau yang telah dibersihkan tadi. Biar seketika dan matikan api.

Sambal Udang Yang Wangi Dan Sangat Sedap

Sambal udang siap untuk dihidang. Makan dengan apa saja pun sedap. Bau sambal udang wangi sangat sebab kita dah goreng bawang besar pada awal tadi. Ia telah menaikkan aroma pada minyak tersebut. Bau dia tu yang menaikkan selera makan. 

Tak perlu tambah apa-apa lagi seperti cili sos, halia dan sebagainya. Dah sedap rasa dan bau sambal udang tu..

Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close