Sayur Lemak Labu Dan Bawal Putih Menu Tengahari. Tak ada idea nak masak apa untuk lunch? Kenapa tak cuba masak lemak labu kuning. Sayur lemak labu yang sedap dan membuka selera. Yang pasti makan tak toleh kiri kanan. Betul kan?? 😅
Labu kuning lemak manis ni banyak khasiatnya tau. Antaranya untuk mata, penawar kanser, untuk pencernaan dan banyak lagi. Jom la cuba..
Nak masak lemak labu ni amatlah mudah. Segala bahan seperti bawang merah, bawang putih, sikit cili padi, kunyit dan ikan bilis - semua bahan ni tumbuk halus. Kemudian di tumis sekejap. Lepas tu masukkan buah labu kuning dan biarkan empuk sekejap.
Last sekali baru lah masukkan santan, perisakan dengan garam.
Simple dan mudah, kan?
Nak nampak menarik, boleh masukkan kacang panjang.
Menu lunch @ makan tengahari kami ditambah enak dengan bawal putih goreng rangup. Memang woww!!
Kalau lagi rajin tumbukkan sambal belacan atau sambal totok. Nikmat sungguh dan pastinya berulang tambah nasi dalam pinggan.
Selamat mencuba.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments