Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch. Pada hujung minggu bila tak bekerja, kita masuk dapur dan masak untuk lunch. Masuk dapur dalam pukul 10.00 pagi, sambil putar meain basuh. Orang kata 2 dalam 1. Barulah kata wanita moden, buat macam-macam kerja dalam satu masa. Menu lunch kita adalah siakap goreng berempah, sup kentang dengan suhun. Simple je, almaklum makan dua orang dewasa.. kih! kih!

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch


Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch

Sup kentang dengan suhun memang menyegarkan. Kemudian kami gorengkan siakap berempah. Siakap tu saya perap 1 jam dengan rempah barbeque, yang mana di dalam rempah segera tu telah dicampur dengan semua bahan seperti serbuk cili, lada hitam, bawang putih, rosmeri, herba dan rempah ratus terpilih. Kita cuma tambah garam sikit dan perahan lemon. Mudah sangat.

Siakap berempah tu kita simpan semalaman setelah digoreng, masih elok dan tidak bau hanyir. Lemak gitu rasa siakap tu bila diperap dahulu.

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch

Kemudian saya goreng keropok ikan, makan bersama nasi untuk menaikkan selera makan. Kalau tak ada ulam, saya ganti dengan keropok ikan. Best sangat!

Sup Kentang Dan Suhun Untuk Menu Lunch

Kalau korang tak ada selera makan, boleh lah masak lunch seperti idea yang saya kongsikan. Tak susah dan perlukan masa yang singkat je untuk menyediakannya.

Semoga bermanafaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close