Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai. Kalau sebut menu lunch, susah dan complicated mak-mak nak memikir nya. Nak fikir tekak sang ayah, mana faveret anak sulung, mana pula tidak disukai si adik. Last sekali, tekak kita sendiri nak makan apa? Betul tak? Dekat taman perumahan saya ni, berlambak warung atau restoran menjual makanan pelbagai citarasa. Semua ada. Yang penting sediakan duit je.. hehe

Setelah ditolak darab dan bahagi, maka kami makan nasi kukus ayam berempah je. Senang nak ordernya.. dekat je. Lagi pun tekak ni nak makan nasi kukus ayam berempah sebab ternampak video FYP di tiktok. Haha.. ter racun jugak kita ye?

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai

Nasi kukus ayam berempah yang simple dan santai je tapi sedapnya masyaAllah. Tak perlu heavy dan macam-macam aksesori. Cukup dengan timun, sambal hijau dan kuah kari. Memang licin kami kerjakan.

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai

Order sekejap je dah sampai. Mungkin belum ramai yang beli, jadi dapur tak sibuk. Tak sampai setengah jam dah terima makanan kami. Alhamdulillah. 

Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Lunch Yang Santai

Nak kata saya tak pandai masak ayam berempah, tak juga. Saya boleh je masak ayam berempah tu, cuma kerana malas nak masak maka kami beli je. Cepat dan mudah. Kalau nak buat sendiri, at least ayam tu kena perap dekat 3 jam. 

Korang nak cuba resepi ayam berempah?? Cuba tekan SINI.

Semoga bermanfaat. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close