Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap. Ikan siakap atau dalam bahasa inggeris di panggil sea bass adalah kategori ikan berdaging putih. Isinya lembut dan sedap di masak dengan cara berkuah ataupun di goreng rangup. Dua-dua cara masakan tersebut tetap menjadikan rasa ikan siakap amat sedap dan disukai ramai. 

Nak masak ikan siakap pun mudah, tak perlu susah payah nak hilangkan bau hanyir dia. 

Jadi, untuk kesekian kalinya kami akan kongsikam resepi ikan siakap masak asam pedas kuah cair, iaitu cara masak emak saya dari dulu lagi.

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap


Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Yang Kaw!

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap - kerat 4
4 tangkai daun kesum
4 batang sayur bendi
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan jus asam jawa
1 mangkuk cili kering - kisar
7 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci belacan - kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Masak Atas Kuali

Cara penyediaan:


1. Cuci ikan mayong, perap dengan garam dan jus limau nipis 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Bendi dicuci dan tos. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi dan masak hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (kurang lebih 600ml atau mengikut keperluan). Biar mendidih.

3. Masukkan ikan dan jus asam jawa. 

4. Tambah bendi (sebab bendi muda, tak payah kerat, cuma perlu buang sedikit tangkainya). Bila mendidih, tambah daun kesum, tomato dan garam secukup rasa serta sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Siap untuk di hidangkan. Selamat mencuba ya!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close