Laksa Kelantan @ Laksa Lemak Putih namanya. Resepi kita cari kat Google dan campur sikit dari FB. Sesekali masak untuk berbuka puasa pun sedap ni. Cara nak buat sebenarnya tak susah, cuma bahan-bahan macam banyak.. kita cuba sama-sama yek..
8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
2 sudu kecil lada hitam
1/2 in halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan*
sedikit daun kesum* Yatie tambah sbb suka bau daun kesum meresap kat kuahnya
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
2 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula
1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Yatie blend je.
3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
Resepi Laksa Lemak Putih @ Laksa Kelantan Yang Sedap
Boleh guna 1 kg mee laksa basah, di celur sebentar dan toskan ya. Boleh juga guna laksam atau laksa kering.
Cara penyediaanya @ cara nak makan... masukkan sedikit laksa yg telah di celur ke dlm mangkuk. Letakkan ulam-ulaman yg di gemari dan cedukkan kuah lemak putih keatasnya. Letak sedikit sambal belacan dan belahan limau kasturi. Siap dan dah boleh dimakan.
Bahan Untuk Kuah:
8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
2 sudu kecil lada hitam
1/2 in halia
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan*
sedikit daun kesum* Yatie tambah sbb suka bau daun kesum meresap kat kuahnya
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya
2 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula
Cara Membuat Kuah:
1. Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
2. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Yatie blend je.
3. Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
4. Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
5. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
Bahan Untuk Ulam:
(Bergantung pada stok kat rumah masing2 ya)
Caranya:-
- Daun kesum secukupnya dimayang halus
- Kacang panjang secukupnya dimayang
- Kobis diracik halus
- Timun dimayang
- Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus
- Bunga Kantan- dihiris halus
- Taugeh - buang ekor
- 4 biji limau kasturi-belah 2
- 4 tangkai cili merah
- 4 biji cili padi merah
- sedikit belacan-di bakar dulu
- sedikit gula
- 2 biji limau kasturi
Belacan di bakar sebentar, tumbuk cili merah, cili padi, belacan bersama sedikit gula. Setelah lumat perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati dan bolehlah di hidangkan bersama laksa tadi.
Selamat mencuba!!
Selamat mencuba!!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments