Resepi Kari Ikan Mamak Style. Haha.. suka kan makan kari ikan mamak? Sekarang kita belajar masak sendiri tanpa perlu pegi kedai mamak. Nak pekat cair, korang sendiri adjust. Tapi jangan lebih masin pulak.. lain pulak jadinya. Korang boleh juga sediakan ketika ramadan nanti, sebab ia tak makan masa lama pun untuk menyediakannya. Kita campak-campak je, dah siap!
Resepi Kari Ikan Mamak Style
Bahan-bahan:
3 ketul ikan unga - ikan lain pun boleh
Rempah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
2 sudu besar rempah kari ikan + sedikit rempah daging
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk cili
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang outih - hiris
2 inci halia - hiris
2 tangkai daun kari
1 biji tomato - belah 6
1 sudu kecil kicap pekat manis
Air secukupnya
Cara penyediaan kari ikan mamak
1. Tumiskan hingga wangi rempah 3 serangkai dengan kayu manis. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga harum dan pecah minyak.
2. Masukkan daun kari dan hirisan tomato tadi.
3. Masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan rempah kari daging dan juga serbuk kunyit. Tambahkan air ikut kesukaan. Kacau rata.
4. Masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukupnya.
5. Barulah masukkan ikan unga faveret anda tu.. kacau rata dan biarkan hingga kuah nampak kilat.
6. Siap!! Mudah kan??
Sebagaimana anda nampak dalam gambar, begitulah jugak rasanya. Sedap, lemak dan secukup rasa. Tanpa santan, okay!
Memang cepat je dah siap. Tak sampai setengah jam pun.
Selamat mencuba, amat enak dimakan dengan roti canai. Memang rasa kari mamak lah!
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.
0 Comments